Rabu, 16 Februari 2011

RAHASIA SAAT MENGHADAPI SAKARATUL MAUT

Kecintaan manusia  kepada hidupdengan   berbagai bentuk keseronokannya pada  lazimnya boleh menimbulkan perasaan  ’ takut  kepada mati ‘ , cenderung  kepada keinginan untuk   hidup lama,  harapan kepada  umur yang  lebih  panjang,  bahkan seandainya  dibolehkan mahulah ia  memiliki umur ratusan hingga ribuan tahun lamanya. Sebaliknya  terdapat  beberapa keterangan  yang memberikan gambaran akan adanya di antara hamba-hamba Allah yang dianugerahkannya  ketenangan di dalam menghadapi maut ( kematian ). Adapun perkara-perkara yang memungkinkan adanya ketenangan  di dalam menghadapi maut adalah meliputi hal-hal berikut : Pertama : Apabila hati seseorang  telah mencapai tingkatan kesucian dengan pengisian sikap- sikap yang mahmudah ( yang terpuji ) dan menjauhkannya daripada sikap-sikap mazmumah (yang keji). Kedua : Apabila hidup seseorang  difokuskan dan dipersembahkan semata-mata kerana Allah Swt. Ketiga : Apabila  seseorang  ada persiapan bekalan semaksimum mungkin, berupa amalan-amalan solih, taqwa  kepada Allah swt. Keempat : Apabila  seseorang   ada kesedaran bahawa kematian itu sebenarnya adalah  masa-masa rehat ( istirehat )  daripada penatlelah daripada kesibukan  bagi orang-orang solih. Kelima : Apabila seseorang  telah dapat  menyelesaikan segala pertanggungjawaban  dan perkara-perkara yang berkaitan dengan  sesama manusia, misalnya perjanjian, hutang piutang dan sebagainya. Keenam: Apabila  seseorang  memiliki  sikap husnuz-zan ( berbaik sangka ) kepada Allah, bahawa Ia akan menghulurkan  keampunanNya, dan sebaliknya  Ia memberi rahmat dan kasih-sayangNya. Ketujuah : Apa seseorang ada kesedaran bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu perhiasansementara, dan akhirat jualah kehidupan yang lebih kekal dan abadi. Kelapan: Apabila  mahabbah  ( cinta ) dan syauq ( rindu ) seseorang itu  terhadap Allah swt. telah bersemi di dalam hatinya. Kesembilan : Apabila  seseorang itu telah terhibur dengan berita gembira ( busyra) berupa syurga yang dijanjikan oleh Allah swt. kepada orang-orang yang beriman dan beramal solih, yang mana didalamnya  tersedia  berbagai macam kenikmatan dankesenangan  yang abadi. semoga bermanfaat…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar